Wednesday 14 March 2012

Kelihatan Hebat dari Setiap Sudut

Mengapa sesetengah pakaian kelihatan hebat pada orang lain tetapi bukan pada diri kita? Anda boleh menyalahkan baka, makan tengah malam yang tetap malah penuaan, tetapi adakah terdapat penyelesaian sebenar?

Dengan rekaan ergonomik Corpsdereve DX, anda bukan sahaja dapat menyaksikan suatu transformasi segera, malah dengan penggunaan tetap, lemak badan anda boleh dialihkan dan ditempatkan semula pada lengkungan menawan.


Corpsdereve menggunakan teknologi Imbasan Garisan Badan dan peralatan pengukuran tekanan untuk mendapatkan sudut 3-D badan manusia. Ia kemudian menentukan daya hubungan ideal bahagian badan untuk kesan pembentukan optimal dan keselesaan. Perisian rekaan berkomputer yang berkuasa serta proses Pengilangan Berasaskan Komputer kemudiannya mencipta satu model ergonomik yang sahih dengan data berkomputer untuk pemotongan-persis fabrik yang berkelajuan tinggi. Tambahan, setiap set Corpsdereve memerlukan 156 proses jahitan yang berlainan di bawah kepakaran 81 orang jurujahit yang berpengalaman.
Berasa hebat secara dalaman dan luaran dengan rekaan les dinamik Corpsdereve DX yang menggunakan teknologi jahitan canggih dari Eropah. Net kuasa yang mengandungi kapas lembut direka untuk pelbagai bahagian menawarkan keselesaan muktamad, keanjalan dan ketahanan. Alami kuasa transformasi dengan Corpsdereve DX dan memiliki potongan badan sempurna hari ini



   

No comments:

Post a Comment